Pakej Langganan Internet
Pakej Langganan Internet adalah inisiatif melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti pintar mampu milik. Pakej ini bermula dari 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022 dimana terdapat 2 pakej yang ditawarkan. 2 Pakej adalah seperti berikut :-
- Pakej Remaja ; dan
- Pakej Peranti
Kedua-dua pakej ini mempunyai sasaran gabungan sebanyak 200,000 pendaftaran.